Ada apa dengan gunting?  

Posted by adterk


Gunting merupakan alat yang digunakan untuk memotong kertas. Darimanakah asalnya gunting? Siapakah orang yang mencipta gunting?

Mengikut catatan sejarah, gunting pertama dicipta dalam 1500 Sebelum Masihi (SBM) di Mesir. Rupa gunting purba ini amat berbeza daripada rupa gunting yang kita gunakan sekarang.Ia kelihatan seperti dua bilah pisau yang dicantumkan di bahagian hulunya.Pisau yang bercantum di bahagian tengah, seperti yang kita gunakan sekarang hanya dicipta oleh orang Roman di Italy pada 100 Selepas Masihi (SM).

Namun, gunting moden seperti yang kita gunakan kini hanya dicipta dalam 1761 oleh Robert HinchLiffe. Warga negara Britain itu membentuk gunting itu daripada keluli.
Beliau kemudian membuka kedai menjual gunting di kawasan perumahannya di Cheney Square, London. Robert dengan megah menggantung papan tanda yang mengatakan bahawa beliau adalah 'pembuat gunting paling baik' di kawasan itu.

Penggunaan gunting seterusnya berkembang di kalangan penduduk Eropah dan sebuah syarikat penghasilan barangan besi, Fiskars, di Sweden (kini Finland) mula menghasilkan gunting secara besar-besaran bermula 1830.

Dalam 1967, Friskars mengumumkan cara pembikinan gunting baru yang kini rata-rata diikuti di serata dunia.


Bauhaus  

Posted by adterk



Bauhaus merupakan sebuah aliran ( gaya ) arkitektur yang di function”,dirikan oleh Walter Gropius pada tahun 1919.Pelopor International Style dan mengenalkan konsep “form follows
iaitu bentuk bangunan mengikuti fungsi yang ada pada bangunan tersebut. Bauhaus memiliki pengaruh besar terhadap arkitektur dunia.

Sejarah institusi Bauhaus Jerman
Bauhaus merupakan ikon dari perkembangan Seni dan Arsitektur yang lahir akibat revolusi industri di Eropah pada awal abad 20. Bauhaus merupakan ideologi gabungan antara Seni dan Industri. Kelahiran Bauhaus didahului dengan terbentuknya Deutscher Werkbund pada 9 Oktober 1907 di Munchen, Jerman.

1930-1932 terjadi kemunduran di Bauhaus iaitu pada masa kepemimpinan Ludwig Mies van der Rohe. Pada 1933 Bauhaus berpindah ke kota Berlin dan ditutup pada 10 Ogos 1933 oleh pemerintahan NAZI. Tokoh-tokoh Bauhaus banyak yang berimigrasi ke Amerika Syarikat termasuk Mies van der Rohe yang mengembalikan kepopularitian di sana dengan menjadi pimpinan Illinos Institute of Technology di Chicago.

Untuk produk perabot yang menonjol dan masih dikeluarkan sehingga sekarang adalah karya design Marcel Bruer diantaranya Wassily Chair dan B32 Chair. Seni Bauhaus tetap menjadi literatur para designer, baik dibidang perabot, seni lukis, design mode dan fashion sehingga sekarang.

Pengaruh Bauhaus dalam rekaan cukup kuat dan telah menjadi ikutan dalam penghasilan sesuatu produk.

Seni dan Hak milik  

Posted by adterk



Seringkali terdengar konflik antara pengkarya dan hak milik mereka. Karya ini telah dijual pada harga $11.7 million. Percayakah anda?

capaian laman berkaitan

Bilakah sejarah pengiklanan bermula ?  

Posted by adterk

Iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan, perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan.

Walaupun pengiklanan bukan saluran media massa tetapi sejarah dan perkembanganya berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan media massa. Revolusi percetakan dan penciptaan alat cetak oleh Johannes Gutenberg pada 1440 merupakan peristiwa paling penting dalam permulaan kegiatan periklanan di dunia.

Revolusi dan penciptaan ini membolehkan penerbitan iklan massa dalam bentuk poster bercetak, iklan akhbar, helaian dan bil. Iklan poster bercetak yang pertama diterbitkan pada 1472. Sementara iklan akhbar yang pertama muncul di London pada 1625. Akhbar-akhbar harian awal seperti Daily Courant, Revue, Examiner, Tatler dan Spectator di Barat menyiarkan pelbagai iklan barangan termasuk iklan kopi, coklat, teh, ubat-ubatan serta iklan peribadi.

Iklan pertama di Amerika Syarikat muncul pada 1704 dalam Boston Newsletter, manakala agen periklanan yang pertama ditubuhkan oleh Volney Palmer di Massachusetts. Beliau membeli ruang-ruang iklan daripada pemilik-pemilik akhbar pada kadar potongan dan kemudiannya menjual ruang-ruang itu kepada pengiklan dengan harga yang lebih tinggi. Pada waktu itu, para pengiklan biasanya menyediakan iklan mereka sendiri.

Pada 1890, N.W. Ayer & Son di Philadelphia menawarkan perkhidmatannya kepada para pengiklan sepertimana yang dilakukan oleh agensi-agensi periklanan masa kini. Manakala majalah pertama yang menerbitkan iklan ialah Southern Messenger pada Julai 1844. Pada 1848, Cyrus H.K. Curtis mengasaskan majalah Ladies Home Journal yang begitu bergantung kepada iklan untuk membiayai kos penerbitannya.

Pada 1920, iklan radio mula disiarkan di Pittsburgh, Pennsylvania, manakala iklan TV pertama kali disiarkan pada 1941. TV warna mula diperkenalkan pada 1955 dan iklan TV menjadi semakin penting kerana keupayaan televisyen menarik para penonton di rumah.

Era Memphis  

Posted by adterk


Kegilaan memiliki perabot rekaan Memphis amat ketara sekali bagi penduduk Amerika, Jerman dan Itali.pada era 70 an jika sesebuah rumah tidak dihiasi rekaan Memphis, ianya dianggap ketinggalan. Apa istimewanya rekaan Memphis ini? Sebelum ini rekaan perabot hanya tertumpu kepada kotak warna hitam sahaja.

Memphis berasal dari Italy - yang mempunyai falsafah dan ideologi dalam rekaan.
Kumpulan ini ditubuhkan oleh Ettore Sottsass pada 11 Disember 1980 dan dianggotai oleh Michele de Lucchi, Matteo Thun, Javier Mariscal, Marco Zanini, Aldo Cibic, Andrea Branzi, Barbara Radice, Martine Bedin, George J Sowden dan Nathalie du Pasquier, akhirnya dibubarkan pada tahun 1988.

Ettore Sottsass, memberi nama rekaan Memphis kepada "New International Style". Memphis Group, menggunakan warna-warna yang cerah, kepingan-kepingan yang berwarna-warni yang mampu untuk menarik perhatian. Pendekatan meraka adalah mewujudkan satu hubungan spontan di antara pengguna dan objek. Keguaan praktikal tidak di ambil peduli walaupun fungsi asanya adalah untuk kegunaan harian. Oleh sebab itu, objek-objek rekaan Memphis di katakan gila, melucukan, berwarna warni dan menarik perhatian.


Memphis Group telah berusaha untuk pemecah tradisi dan memulakan era baru. Mereka melakar idea rekaan melalui aspek yang menjadi tumpuan seperti kartun, komik, muzik punk, warna pastel lembut dan permainan kanak-kanak. Memphis
memberi gambaran jelas bahawa sesuatu rekaan perlu bebas, sedikit ekstrem dan mementingkan hubungan antara pengguna dan objek.

Pop Art  

Posted by adterk



Pop Art bermula pada tahun 1950-an di England dan meluas di Amerika pada 1960-an. Di awal bermulanya era Pop Art ini, ia sering dikritik kerana karya seni yang dihasilkan mempunyai nilai yang rendah. Ianya lebih menumpukan pada persekitaran masyarakat sahaja.Berbeza dengan hasil seni sebelum era Pop Art, karya yang dihasilkan amat mahal dan hanya mampu dimiliki oleh pembesar-pembesar dan orang kaya sahaja. Kehadiran era Pop Art telah merubah dan mencipta sejarah di dalam bidang seni.

Pop Art mula dikenali melalui pengkritik Inggeris Lawrence Alloway yang mencipta satu kumpulan yang dikenali sebagai "Independence Group" pada tahun 1954-1955.Bermula dengan penghasilan teknologi pencetakan dan kamera, karya Pop Art mula bertapak mengunakan media tersebut. Teknik yang digunakan berbentuk "hard-edged" dan fotografi. Penerapan karya adalah cenderung ke arah pengunaan dan persekitaran masyarakat seperti iklan barangan,kartun, komik dan telivisyen.

Karya Pop art yang dikenali adalah “100 Campbell’s Soup Cans” (1962) dan “Marylin Monroe Diptych” (1962), yang dihasilkan oleh Andy Warhol. Antara komik yang mempopularkan teknik Pop Art adalah komik Batman. Bermulanya di sini, karya Pop Art amat mendapat sambutan kerana ianya murah dan mampu dimiliki.





Tahukah anda jenama kasut yang terlaris di pasaran?  

Posted by adterk

Percayakah anda? Jika kita bertanya kepada peminat kasut, kasut basketball apa yang paling laris dijual sepanjang masa? Pasti ada yang mengatakan Air Jordan keluaran Nike atau Pumps keluaran Reebok. Tetapi setelah diselidiki, ternyata jawapan yang diberikan itu salah! Kerana kasut yang paling laris dijual ialah kasut Converse “Chuck Taylor” All Stars. Sehingga ke hari ini, kasut Converse telah dijual melebihi 600,000,000 diseluruh dunia.

Sejarah Converse
Syarikat Converse dimiliki oleh Marquis M. Converse,(Converse Rubber Shoe Company) di Malden, Massachusetts, Amerika Syarikat pada 1908. Converse adalah perusahaan membuat kasut untuk kegunaan harian untuk golongan lelaki, wanita, dan kanak-kanak.

Sejak 1917
Produk pertama kasut basketball telah dikeluarkan pada tahun 1917 dengan warna hitam. Ia dicipta untuk kesesuaian pemain basketball,jadi bayangkan jualan kasut tersebut bermula dari tahun 1917, maka tidak hairanlah kasut ini menjadi kasut terlaris dipasaran dan kasut ini telah menjadi pilihan dan trend remaja masa kini.Siapa pula yang mempopularkan kasut ini? Sehingga remaja sekarang pergi sekolah pun nak sarung kasut Converse!

Charles H. Taylor
Siapa pula Charles H. Taylor? Perasankah anda nama ini terdapat pada logo Converse? Charles H. "Chuck" Taylor ialah seorang pemain basket yang selalu memakai kasut Converse All-Star setiap kali bertanding.Dia datang ke perusahaan Converse dan mengeluh kerana kakinya sakit. Lalu, Converse memberinya pekerjaan. Dia bekerja di bahagian jualan dan mempromosikan kasut itu ke seluruh Amerika. Akhirnya di tahun 1923,Converse memutuskan untuk meletakkan namanya, Chuck Taylor, di bahagian pergelangan kaki dan sejak saat itu lahirlah kasut paling laris dalam sejarah basketball.

Kenapa anda perlu tahu?
Jika anda salah seorang peminat fanatik jenama sepasang kasut, tidak mustahil satu hari nanti nama anda juga akan diletakkan di jenama tersebut.