Pop Art bermula pada tahun 1950-an di England dan meluas di Amerika pada 1960-an. Di awal bermulanya era Pop Art ini, ia sering dikritik kerana karya seni yang dihasilkan mempunyai nilai yang rendah. Ianya lebih menumpukan pada persekitaran masyarakat sahaja.Berbeza dengan hasil seni sebelum era Pop Art, karya yang dihasilkan amat mahal dan hanya mampu dimiliki oleh pembesar-pembesar dan orang kaya sahaja. Kehadiran era Pop Art telah merubah dan mencipta sejarah di dalam bidang seni.
Pop Art mula dikenali melalui pengkritik Inggeris Lawrence Alloway yang mencipta satu kumpulan yang dikenali sebagai "Independence Group" pada tahun 1954-1955.Bermula dengan penghasilan teknologi pencetakan dan kamera, karya Pop Art mula bertapak mengunakan media tersebut. Teknik yang digunakan berbentuk "hard-edged" dan fotografi. Pen

Karya Pop art yang dikenali adalah “100 Campbell’s Soup Cans” (1962) dan “Marylin Monroe Diptych” (1962), yang dihasilkan oleh Andy Warhol. Antara komik yang mempopularkan teknik Pop Art adalah komik Batman. Bermulanya di sini, karya Pop Art amat mendapat sambutan kerana ianya murah dan mampu dimiliki.
This entry was posted
on Monday, March 17, 2008
at 12:00 PM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.