Gunting merupakan alat yang digunakan untuk memotong kertas. Darimanakah asalnya gunting? Siapakah orang yang mencipta gunting?

Mengikut catatan sejarah, gunting pertama dicipta dalam 1500 Sebelum Masihi (SBM) di Mesir. Rupa gunting purba ini amat berbeza daripada rupa gunting yang kita gunakan sekarang.Ia kelihatan seperti dua bilah pisau yang dicantumkan di bahagian hulunya.Pisau yang bercantum di bahagian tengah, seperti yang kita gunakan sekarang hanya dicipta oleh orang Roman di Italy pada 100 Selepas Masihi (SM).
Namun, gunting moden seperti yang kita gunakan kini hanya dicipta dalam 1761 oleh Robert HinchLiffe. Warga negara Britain itu membentuk gunting itu daripada keluli.
Beliau kemudian membuka kedai menjual gunting di kawasan perumahannya di Cheney Square, London. Robert dengan megah menggantung papan tanda yang mengatakan bahawa beliau adalah 'pembuat gunting paling baik' di kawasan itu.
Penggunaan gunting seterusnya berkembang di kalangan penduduk Eropah dan sebuah syarikat penghasilan barangan besi, Fiskars, di Sweden (kini Finland) mula menghasilkan gunting secara besar-besaran bermula 1830.
Dalam 1967, Friskars mengumumkan cara pembikinan gunting baru yang kini rata-rata diikuti di serata dunia.